Tuesday, April 5, 2011

Ilmu Mengenal Diri

بسم الله الرحمن الرحيم


DIRI ANDA


ANDA bukan dari dunia ini. Anda datang dari "Alam KeEsaan yang tidak ada bandingan." Cara anda datang, anda tidak ingat.

Dunia ini ibarat pokok. Kita laksana buah yang separuh masak. Buah yang muda lekat kuat pada dahan kerana ianya tidak layak untuk makanan raja di istana. Tetapi apabila buah itu masak. Ianya manis dan lazat. Buah itu pun gugur dari dahan. Begitulah negeri dunia ini hilang lazatnya bagi mereka yang telah menikmati kebahgiaan cinta Ilahi.

Ada lagi yang tidak diceritakan dalam perkara ini, tetapi, Ruh Qudus akan menceritakan tanpa aku sebagai pengantara. Bahkan anda akan mengatakan ke telinga anda sendiri - bukan aku (Jalaludin Rumi), bukan siapa. Anda dan aku sama satu.

Bayangkanlah! seperti anda tidur, anda keluar dari diri anda dan masuk ke diri anda, dan anda dengar dari diri sendiri apa yang anda sangka didatangi secara tersembunyi dari orang lain.

Wahai sahabatku, anda bukan satu 'Anda'. Andalah langit dan lautan dalam. "Anda" kau yang tidak terhad itu ibarat lautan di mana banyak 'anda' berada. Diamlah, agar anda mendengar Yang Berkata-kata apa yang tidak terKatakan itu. Janganlah berkata supaya Yang Berkata itu dapat berkata untuk anda.

Di dalam bahtera Nabi, anda tidak perlu berenang.


 SEBAB MUSABAH


Allah membuat aturan, adat, sebab dan cara untuk orang yang ingin mencari Dia (Allah). Kebanyakan perkara yang terjadi menurut aturan. Tetapi kadang-kadang kuasaNya memecah aturan itu. Dia mencipta aturan dan adat yang baik. DijadikanNya mukjizat yang mencarik adat dan kebiasaan.


MENGENAL DIRI
 

Mengenal diri adalah satu pelajaran yang mesti dipelajari, tetapi kebanyakan manusia tidak memahaminya. Mengenal diri adalah asas untuk mengenal Allah.


ASAL KEJADIAN MAKHLUK YANG DIKIRA AMALANNYA

1. Kejadian Malaikat dari Nur Khalis yang asal/ada juga diri lain.
 
2. Kejadian Jin dari julang api yang tidak berasap/ ada dari lain.
 
3. Kejadian Manusia dari tanah yang asal / ada juga dari yang lain.


Malaikatlah di antara tiga di atas yang terdahulu dijadikan, tetapi di antaranya Jibril (Jibrail) lah yang mula-mula sekali dijadikan di antara malaikat.

Jibrail dijadikan 500 tahun lebih dulu dari Mikail, Mikail pula dijadikan 500 tahun lebih dulu dari Izrafil, Izrafil juga lebih dulu 500 tahun dari Israfil. Begitulah kejadian mereka berperingkat-peringkat. Empat Malaikat di atas adalah penghulu segala malaikat yang lain dengan tidak terhingga banyaknya.

Semua malaikat itu tidak sama bentuk rupanya dan juga besarnya. Malaikat yang paling besar ialah Israfil, kerjanya meniup angin sangkakala hari kiamat dan Malaikat yang paling kecil ialah Jibrail, kerjanya menurunkan wahyu kepada nabi-nabi.

Jin lebih dahulu dijadikan dari manusia yang pertama, iaitu nabi Allah Adam. Jin dijadikan 60,000 tahun lebih dari manusia.

Manusia dijadikan yakni nabi Allah Adam adalah makhluk yang terakhir dicipta, maksudnya selepas Adam tidak ada lagi ciptaan baru, hanya dibaharui saja atau dengan bahasa sekarang ini cuma dipotostat, beranak-anak dan seterusnya.


Jika anda pernah belajar Ilmu Tauhid iaitu Tauhid Af'al anda dapat penerangan yang jelas.

*Untuk makluman Para Pencari Hidayatullah sekalian, nota-nota Ilmu Tauhid akan dimuatkan setelah habis pelajaran Ilmu Mengenal Diri dan Mengenal Allah, InsyaAllah.


TAUHID AF'AL:


Tauhid af'al adalah salah satu dari empat tauhid yang wajib dipelajari iaitu:

1. Tauhid Af'al
2. Tauhid Asma'
3. Tauhid Sifat ( Sifat 20)
4. Tauhid Zat ( Ilmu Rasa)


Tauhid Af'al ada lapan belas ribu, iaitu bilangan semua jenis makhluk yang dijadikan Allah.

1. 18,000 makhluk dijadikan dengan kun fayakun
2. 18,000 makhluk dijadikan dengan kun fatakun
3. 5 makhluk dijadikan dengan tangan



KUN FAYAKUN (LELAKI)
 
Adalah makhluk yang dijadikan secara otomatik atau serta merta jadinya, jadi dengan sekelip mata, kun fayakun jenis lelaki.


KUN FATAKUN (PEREMPUAN)

Adalah makhluk yang dijadikan juga secara otomotik, tetapi untuk perempuan seperti Siti Hawa isteri nabi Allah Adam.



LIMA (5) MAKHLUK DIJADIKAN DENGAN TANGAN

1. Nabi Adam
2. Dunia
3. Syurga Adnin
4. Menulis Kitab Taurat
5. Menanam Pokok Kayu Thubi

* Lima (5) Makhluk dibuat dengan tangan bukanlah jenis kun fayakun atau jenis otomatik kerana semuanya mengambil masa yang lama.


KEJADIAN ADAM

Makhluk yang mula-mula sekali ialah nur muhammad dan yang akhir sekali ialah lembaga Adam.

Hadis-hadis ada menyebut tentang kejadian Adam adalah seperti di bawah:-

Maksud Hadis : " Dan adalah Allah Taala tidak ada sesuatu bersama-Nya." (Al-Hadis)

Maksud Hadis: " Dan adalah Allah Taala seorang sahaja, tidak ada bersamanya sesuatupun." (Al-Hadis)

Maksud Hadis: "Yang mula-mula sekali dijadikan Allah Taala ialah cahayaku." (Al-Hadis)

Maksud Hadis: "Yang mula-mula sekali dijadikan Allah jadikan cahaya Nabi Hai Jabir! maka dijadikan sesuatu darinya." (Al-Hadis)

Maksud Hadis: " Hai Jabir bahawa Allah telah jadikan sebelum sesuatu cahaya Nabi kamu daripada cahaya-Nya." (Al-Hadis)

Maksud Hadis: " Dijadikan dari cahaya-Nya akan cahaya kekasihnya Muhammad sebelum dijadikan Adam dua puluh ribu tahun." (Al-Hadis)

Maksud Hadis: " Telah diperbuat adam dengan Tangan-Nya." (Al-Hadis)

Di dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang kejadian nabi Allah Adam ( Surah Sod:75).

Firman Allah yang bermaksud:

" Hai Iblis apakah yang menegah kamu dari sujud kepada makhluk yang telah kujadikan dengan tangan Ku sendiri."

Inilah ayat Quran yang kukuh mengenai nabi Allah Adam diperbuat dengan tangan-Nya.

 
KEJADIAN DUNIA

Dunia dijadikan mengambil masa enam hari, yang mana sehari di sisi Allah adalah bersamaan seribu tahun kita di dunia. Jadi kesimpulan dunia mengambil masa enam ribu tahun.

1. Langit - 2,000 tahun
2. Bumi- 2,000 tahun
3. Isi Bumi - 2,000 tahun


Allah berfirman yang bermaksud: "Allah telah menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam masa enam hari." ( As-Sajadah:4)

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Allah telah membina semua langit dengan tangan-Nya." (Fussilat : 9)

Allah berfirman yang bermaksud: " Maka telah dijadikan tujuh lapis dalam masa dua masa." (Fussilat:12)

Allah berfirman yang bermaksud : "Demi sesungguhnya, menciptakan langit dengan bumi (daripada tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan, payah) daripada mencipta manusia dan menghidupkannya (sesudah mati), akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui." (Al-Mukmin:57)

Maksud Hadis: " Dan Allah telah membina semua langit dengan tangan-Nya." (Al-Hadis)


KEJADIAN SYURGA ADNIN
 
Maksud Hadis: "Bahawa Allah telah menjadikan Syurga Adnin dengan tangan-Nya." (Al-Hadis)

Maksud Hadis: "Telah menjadikan oleh Allah Taala Syurga Adnin dengan tangan-Nya." (Al-Hadis)


MENULIS KITAB TAURAT

 
Maksud Hadis : "Dan telah kami tulis Kitab Taurat itu dengan tangan-Nya." (Al-Hadis)


Maksud Hadis: " Maka telah bersabda nabi Allah Adam, kepada nabi Allah Musa, engkau beruntung, dapat berkata-kata dengan Allah terus menerus dan dituliskan-Nya Kitab Taurat dengan tangan-Nya." (Al-Hadis)


Firman Allah yang bermaksud: "Dan kami telah tulis untuknya (Nabi Musa a.s) pada lauh-lauh (Taurat)daripada pelbagai jenis nasihat dan pengajaran bagi tiap-tiap sesuatu." ( Al-A'raf : 145)


KEJADIAN POKOK THOBI


Apa itu pokok thobi? Pokok kayu thobi adalah pohon kayu yang besar di atas langit ke tujuh. Pada tiap-tiap daunnya ada tertulis nama-nama manusia. Waktu hendak mati lagi empat puluh hari, daun yang tertulis nama orang itu akan luruh. Nama orang yang ada di daun itu dikandang dengan petak. Jika petak itu warnanya (cahayanya) terang itu menunjukkan orang baik-baik, ahli saadah atau ahli bahagia. Manakala jika warna kandang petak itu warna hitam, gelap (Dzulmat) itu menunjukkan ahli sakawah atau muazzbah, orang celaka, ahli neraka.

 
Oleh itu perbanyakkan Taubat dan Istighfar pada setiap saat dan detik untuk mendapatkan petak yang bercahaya. Kerana setiap buku amal kita akan diangkat oleh Malaikat setiap waktu Asar dan akan membawa buku amal baru pada waktu Subuh. Jika tiada Taubat dan Istigfar dicatitkan pada hari tersebut maka gelaplah petak. Alangkah ruginya.

 
Maksud Hadis: "Dan Allah telah menanam pohon kayu Thobi dengan tangan-Nya ." (Al-Hadis)


Begitulah tadi diceritakan kejadian-kejadian makhluk yang lima dijadikan dengan tangan.



SEMUANYA DIKIRA = 100/100 IAITU 100%


1. MALAIKAT 90/100 IAITU 90%
2. JIN 9/100 IAITU 9%
3. MANUSIA 1/100 IAITU 1%


Huraian di atas adalah seperti berikut:
 
1. Malaikat 100% Islam dan Beriman.

2. Jin terbahagi kepada dua:
a. Jin Islam 1/3 dari semua jumlah Jin adalah Islam.
b. Jin Kafir 2/3 dari semua jumlah Jin adalah Kafir.

* 2/3 dari jumlah semua Jin adalah Kafir dan hanyalah 1/3 yang Islam.
 
3. Manusia terbahagi kepada tiga:
a. Manusia Islam 1/6 tiap-tiap 6 orang : 1 Islam
b. Manusia Kafir 2/6 tiap-tiap 6 orang : 2 Kafir
c. Manusia Munafik 3/6 tiap-tiap 6 orang : 3 Munafik
 

Huraian di atas adalah seperti berikut:


Malaikat tidak ada yang Kafir atau Munafik, semuanya Islam.

Jin banyak yang Kafir dari yang Islam, bandingan tiap-tiap 3 Jin, 1 Islam, 2 Kafir dan tidak ada yang Munafik.

Manusia banyak yang munafik, bandingannya tiap-tiap 6 orang, 3 darinya Munafik, 2 Kafir dan hanya 1 Islam.

Jika kita lihat fakta di atas tadi menunjukkan Malaikatlah yang paling ramai kemudian Jin dan akhir sekali Manusia.
 
Kemudian Manusia itu terbahagi pula kepada 121 kumpulan:

1. 100 Kafir - Tidak tahu Allah Ta'ala
2. 10 Kafir - Tahu Allah, Tidak tahu Rasul
3. 10 Kafir - Tahu Allah, Tahu Rasul (Tidak Beriman)
4. 1 Kafir - Islam dan Beriman


AGAMA ISLAM TERBAHAGI KEPADA TUJUH PULUH TIGA (73)

1. Syiah - ada 22 Kumpulan atau Jenisnya.
2. Khawarij - ada 20 Kumpulan atau Jenisnya.
3. Muktazilah - ada 20 Kumpulan atau Jenisnya.
4. Murjiah - ada 5 Kumpulan atau Jenisnya.
5. Najjariah - ada 3 Kumpulan atau Jenisnya.
6. Jabariah - ada 1 Kumpulan atau Jenisnya.
7. Syibah - ada 1 Kumpulan atau Jenisnya.
8. *Ahli Sunnah Wal Jamaah ada SATU (1) Jenisnya.

*Inilah mazhab yang dipakai atau diamalkan bagi kita di Malaysia dan juga kebanyakan negeri-negeri di Asia.
 

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ADA TIGA (3)

1. Ahli Tharikat yang Kenal Allah.
2. Ahli Dakwah yang sentiasa berjihad ke Jalan Allah.
3. Ahli Fekah atau Ahli Syariat yang Beramal Soleh.

 
AGAMA ISLAM TERKUMPUL

1. Islam Ertinya Menyerah.
2. Tauhid Ertinya MengAsakan Allah.
3. Iman Ertinya Percaya dengan Yakin.
4. Ma'arifat Ertinya Kenal Allah dengan sebenarnya.
 

MARTABAT ISLAM ADA TIGA (3)

1. Islam Khawas = Orang Berilmu dan Cerdik
2. Islam Biasa = Orang Awam atau Orang Biasa
3. Islam Jahil = Orang Bodoh atau Tidak Tahu Apa-Apa

 
SYARAT ISLAM ADA EMPAT (4)

1. Sabar akan hukum Allah.
2. Ridha'qdha Allah (Tahan Derita) susah payah
3. Yakin dan Ikhlas semua amalan-Nya
4. Beramal mengikut Al-Quran dan Hadis
 

TANDA ISLAM ADA EMPAT (4)

1. Merendah Diri Taat Perintah Agama
2. Suci Lidah Dari Berdusta atau Bercakap Kosong
3. Suci Perut Dari Memakan Yang Haram
4. Suci Badan Dari Maksiat
 

ISLAM ADA EMPAT (4) PERINGKAT

1. Islam Syariat
2. Islam Thorikat
3. Islam Hakikat
4. Islam Ma'arifat
 

ILMU AGAMA ISLAM ADA TIGA (3)

1. TAUHID ADA (20 + 20 + 1) 41 (4 + 4 + 1) 9 (50)
2. FEKAH ADA (5 x 5) 25 BAB
3. TASAWUF ADA (10 + 10) 20 BAB


Tiga Hukum di atas adalah asas Agama Islam, tidak boleh dipakai hanya satu hukum sahaja. Hukum Tauhid mesti dipelajari dengan guru bertauliah kerana perlu ditafsirkan dengan betul dan jelas, kelak jika tersilap tafsir boleh merosakkan aqidah. Begitu juga hukum Fekah dan Tasawuf. Ketiga-tiga hukum ini adalah pelengkap Agama Islam dan wajib dipelajari.
 

BINASA ISLAM ADA EMPAT (4)

1. Beramal tanpa Ilmu
2. Berilmu tanpa Amal
3. Tidak pandai atau tidak tahu dan tidak mahu belajar
4. Mencela orang membuat Kebaikan (Beramal)
 
 
PERINTAH ISLAM ADA DUA (2)

1. BERBUAT TAAT
2. TINGGALKAN MAKSIAT

Jika Islam Ada, Iman Tiada - Munafik, Jika Iman Ada Islam Tiada - Fasik Hukumnya.
 
 
KAFIR ADA EMPAT (4)

1. KAFIR INGKAR- Tidak kenal ALLAH, seperti Firaun dan Namrud

2. KAFIR JUMUD - (Membantah) hati tidak tahu ALLAH tetapi tidak mengaku dengan lidah seperti Iblis.

3. KAFIR INAD - Hati Kenal ALLAH, Lidah mengaku tetapi tidak beramal seperti Abu Lahab.

4. KAFIR NAFIK - Berikrar dengan lidah tetapi tidak beramal. Kadang-kadang Islam, kadang-kadang Kafir. Manusia golongan ini yang paling banyak.
 
 
RUKUN IMAN CARA IJMAL ADA DUA (2)

1. Percaya Kepada Allah dan Firman-Nya
2. Percaya Kepada Rasul dan Sabda-nya


RUKUN IMAN CARA TAFSIL ADA ENAM (6)

1. Percaya Kepada Allah2. Percaya Kepada Rasul-Rasul
3. Percaya Kepada Malaikat
4. Percaya Kepada Kitab-Kitab
5. Percaya Kepada Hari Akhirat (Kiamat)
6. Percaya Kepada Qado' da Qodar (Untung Baik Atau Jahat)


APA ITU IMAN?

Iman ialah mengaku dengan lidah, kenal dengan hati, beramal dengan anggota. Iman lelaki kasar-kasar umpama biji jagung manakala Iman perempuan itu kecil-kecil umpama biji sawi.

Iman lelaki yang kasar-kasar itu jika tertumpah boleh dikutip, maksudnya jika lelaki ketika mudanya jahat, masih ada harapan untuk jadi baik masa tuanya. Ramai terdapat lelaki yang jadi penyamun waktu mudanya, tetapi masa tuanya jadi seorang yang alim dan beramal soleh.

Iman perempuan halus seperti biji sawi itu jika tertumpah tidak dapat dikutip kembali, maksudnya jika perempuan itu jahat ketika mudanya, jika tidak pernah ingin menginsafi diri, maka tidak ada harapan untuk jadi baik di waktu tuanya.
KEDUDUKAN IMAN

1. Muslimin
2. Mukminin
3. Muhsinin
4. Muttakin *
5. Mukarrabin*
6. Ariffin Billah*
* Yang dijamin Allah hanya Muttakin ke bawah sahaja.


MENGENAL DIRI ANDA

 

Kita mengenal diri melalui mata penglihatan adalah 50%, melalui telinga pendengaran ada 30%, melalui lain-lain ada 20%.

1. Melalui mata, kita dapat melihat diri kita, membaca buku tentang pengenalan diri dan dapat melihat orang lain:

a. Mata kasar atau mata kepala (ada dua)
b. Mata hati (ada dua)


2. Melalui telinga, pendengaran mendengar orang yang bercerita atau guru-guru mengajar mengenai diri.

3. Melalui lain-lain anggota, merasa dengan sentuhan, sejuk atau panas terasa sakit bila terhantuk, takut, malu, lapar, kenyang dan lain-lain. Dengan adanya perkara yang disebutkan tadi dapat menolong kita mengenal diri.

 
Apa yang kita kenal dengan pancaindera tersebut bukanlah diri yang sebenarnya, carilah diri yang sebenarnya, bila sudah berjumpa jagalah ia.

 
Di dalam sebuah bilik ada sepuluh orang penghuni, bila dikira ada hanya sembilan orang sahaja yang anda nampak, mana seorang lagi dan siapa orang itu.


Katakanlah anda bernama Muhammad, cuba cari di mana letaknya Muhammad atau mana yang dikatakan Muhammad. Umpamanya anda katakan Muhammad itu letaknya pada badan, badan yang mana kerana semua anggota itu ada namanya yang lebih tepat seperti kepala, tangan, kaki dan lain-lain.

 
Kalau anda katakan Muhammad itu letaknya pada wajah (Muka) adalah tepat kerana orang akan kasih atau benci melihat rupa parasnya, kerana jika seseorang itu terbunuh di dalam peperangan atau terbunuh kerana kemalangan, mukanya penuh dengan darah, memang susah hendak ditentukan siapa namanya atau jika ada makhluk yang badannya sama seperti manusia, tetapi kepalanya seperti kuda datau babi atau sebagainya, anda tidak berani mengatakan dia adalah manusia.

 
Sebab pun dikatakan tadi nama Muhammad itu pada muka adalah tepat kerana kata ulama' tasawwuf yang ma'arifah, jika hendak kenal diri lihat dalam cermin muka yang besar supaya nampak seluruh badan nasihat ulama' demikian memang munasabah serta boleh diterima oleh akal.

Tetapi tahukah anda, apa-apa yang ditunjukkan oleh cermin itu adalah tidak tepat, cermin itu hanya berupaya menunjukkan rupa anda 60% sahaja sedangkan 40% lagi bohong iaitu menipu diri anda.


KUNCI PANDANGAN
 

 
1. Jika anda memakai jam tangan kiri, dalam cermin ditunjukkan jam berada di tangan kanan, apa-apa yang ditunjukkan oleh cermin, benda yang berada di sebelah kiri sebenarnya berada kedudukannya di sebelah kanan.

2. Jika anda lama berpisah dengan sahabat, tiba-tiba bersua pada suatu tempat yang anda tidak menduganya. Sahabat anda itu kurang mengenali anda, disebabkan anda sekarang sudah berisi, katanya anda sekarang berisi atau gempal. Bila anda balik ke rumah lalu bercermin, memang kelihatan anda gemuk.

 
Tetapi mungkin anda tidak perasan apa yang ditunjukkan oleh cermin itu lebih gemuk dari badan anda sendiri. Secara tidak langsung anda telah ditipu oleh cermin itu. Kesimpulannya apa yang dilihat oleh sahabat anda tentang diri anda, tidak sama dengan anda melihat diri anda di dalam cermin.


3. Kalau anda berjumpa dengan seorang kawan yang lain pula berkata diri anda kurus sakitkah? Bila anda balik ke rumah lalu bercermin memang kurus, tahukah anda sebenarnya apa yang ditunjukkan oleh cermin itu gemuk sedikit, diri anda yang sebenarnya lebih kurus lagi dari itu, sekali lagi anda telah ditipu oleh cermin.

Kalau anda kurang percaya apa yang kami katakan cuba buat percubaan secara praktikal.

 
1. Sediakan cermin besar (cermin almari)

2. Dalam bilik terang (lampu atau siang)


Semasa membuat kajian jangan ada orang yang melihatnya, kerana jika orang yang nampak waktu membuat kajian sudah tentu mereka menyangka anda sudah gila.


Bila sudah ada alat-alat persediaan seperti di atas dan sudah dipastikan tidak ada manusia yang melihatnya, cuba pula dengan tidak berpakaian dan halakan pada cermin, pandang rata-rata badan anda dari atas hingga bawah, dan buat perbandingan antara diri sebenar dengan yang ditunjukkan oleh cermin itu.


FUNGSI CERMIN MUKA

 
Jika anda pandang tangan, kaki dan lain-lain melalui cermin dan pandang terus tidak melalui cermin, anda tidak nampak perbezaannya. Akhir sekali lihat kemaluan dan lihat pada pada cermin, dalam cermin kelihatan jauh lebih besar dari sebenarnya.


Cuba anda fikirkan mengapa terjadi demikian, inilah yang dikatakan bohong cermin itu ada.

Jika kita lihat muka kita di dalam air, adalah lebih tepat dari di dalam cermin, tetapi tidak juga 100% kerana tangan kiri masih jadi tangan kanan. Ada satu cermin yang cukup tepat, namanya Luhulhaya' atau cermin tajalli tetapi cermin ini hanya ada pada ahli sufi yang ma'arifah.

 
Seperti nur Muhammad, melihat rupanya di dalam Luhulhaya'. Ada pun mengenal diri dalam cermin, ada tersebut dalam kitab Hidayatussalikin (rujuk muka 41).

 

Firman Allah yang bermaksud: " Sesungguhnya kami jadikan manusia daripada adunan tanah."


(Al-Mukminin:12)
 

"Maka perhatikanlah tentang kejadian manusia, Kami telah mencipta kalian adalah dari tanah, kemudian dari setitik air, kemudian dari seketul darah kemudian dari seketul daging, yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurna dan mengikut apa yang kami kehendaki. " (Al-Hajj:5)

 
" Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap sesuatu itu hidup." (Al-Anbiya':30)

 
Semua orang mengetahui manusia dijadikan dari air mani lelaki dan air mani perempuan yang bertakung di dalam rahim ibu.

 
Air mani lelaki putih pekat seperti gam tepung ubi kayu, dan air mani perempuan pula bewarna kekuningan cair seperti teh susu. Air mani lelaki terpancar keluarnya apabila sampai kemuncak syahwat antara tujuh, lima atau tiga titik. Bagi orang muda terpancar tujuh kali, tenaga biasa lima kali terpancar dan bagi orang tua tiga kali.
 

Di dalam air mani lelaki ada beribu-ibu benih (Telur) yang hidup seperti ulat yang mempunyai kepala, setelah bercampur dengan air mani perempuan semua kepala-kepala akan tanggal.
 

Ulat benih lelaki itu namanya sperma. Sperma ini keluar dengan keadaan letih lesu, setelah satu minit kemudian barulah segar dan berjalan sejauh lima inci ( dua belas setengah sentimeter - 12sm). Jarak ini sama degan seorang yang berenang sejauh lima batu di dalam sungai, sperma ini ada dua jenis:
 

1. Sperma benih lelaki *

2. Ovem benih perempuan *


* berkahwin dalam rahim.



Sperma akan terbenam ke dalam ovem jadi persenyawaan, ekornya putus serta bunjulnya akan mengecut lalu membuat sarang sama seperti larva pada binatang untuk benteng dari dirempuh oleh sperma-sperma yang lain. Sperma yang berada di luar akan mati kerana tidak tahan dengan asid dari larva yang telah disenyawakan.

 
KEDUDUKAN AIR MANI DALAM RAHIM

1. Nutfah Air Mani 40 hari jadi janin.
2. Alakoh Darah Beku 40 hari jadi daging.
3. Mudhrah Daging 40 hari jadi manusia.

 
Apabila cukup umur seratus dua puluh hari (40 x3 =120) diturunkan malaikat yang bernama Al-Arham ke dunia untuk meniupkam ruh serta menentukan jantinanya lelaki atau perempuan, hidup atau mati serta disuratkan empat perkara:

1. Rezekinya banyak mana disediakan.
2. Ajal Maut lama masa di dalam dunia.
3. Pekerjaannya selama hidup di dalam dunia.
4. Qada' dan Qadar iaitu untung baik atau jahat.


Di waktu ini juga ditentukan bentuk rupa parasnya.


Firman Allah yang bermaksud: "Dia yang merupakan di dalam arham perut ibu sebagai mana yang telah ditentukan." ( Al-Imran:6)


ZIKIR ROH

1. Waktu Roh Dimasukkan Zikirnya AH, AH, AH.

2. Waktu Lengkap Anggota Zikirnya HU, HU, HU.

3. Waktu Ada Otak Zikirnya HA, HA, HA.
 
4. Waktu Lahir Ke Dunia Zikirnya ALLAH.


BAGAIMANA TERJADINYA RUPA BAYI


Mengikut hukum thobie, rupa seseorang itu terjadi disebabkan beberapa faktor, ada ulama mencadangkan apabila ibu sedang mengandung hendaklah selalu kerap melihat gambar-gambar yang indah, supaya anaknya yang bakal dilahirkan nanti rupawan, ada juga ulama yang mengatakan baca banyak Al-Quran Surah Yusuf untuk mendapatkan anak yang rupawan.

1. Ada ulama berpendapat jika lebih syahwat atau keinginan lelaki dari keinginan perempuan ketika bersetubuh ditakdirkan jadi anak pada masa itu, jadilah anak rupanya menyerupai bapanya.

2. Jika sama-sama kuat syahwat lelaki dan perempuan ketika bersetubuh, jadilah anak menyerupai kedua ibubapanya.

3. Jika terdahulu syahwat lelaki anak itu menyerupai saudara-saudara sebelah bapanya.

4. Jika terdahulu syahwat perempuan anak itu menyerupai saudara-saudara sebelah ibunya.

Wallahu a'lam.


Firman Allah yang bermaksud: Dijadikan kalian di dalam perut ibu satu peringkat ke satu peringkat dalam tiga lapis kegelapan.(Az-Zumar : 6)

1. Dalam lapisan kulit perut
2. Dalam lapisan rahim ibu
3. Dalam lapisan tuban ibu


Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Dan Allah keluarkan kalian dari perut ibu tidak tahu apa-apa dan dijadikan pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan kalian berterima kasih atau bersyukur kepada Allah SWT.
(Al-Nahl : 78)
 
 
SIFAT-SIFAT MANUSIA ADA DUA PULUH (20)
 
Dua puluh (20) sifat tersebut terbahagi lima (5):
 
1. Empat (4) Kepunyaan Ibu - Dari Ibu
2. Empat (4) Kepunyaan Bapa - Dari Bapa
3. Empat (4) Kepunyaan Nabi - Dari Nabi
4. Empat (4) Kepunyaan Malaikat - Dari Malaikat
5. Empat (4) Kepunyaan Allah Taala - Dari Allah
 
 
KEPUNYAAN IBU : EMPAT (4)
 
1. Kulit
2. Bulu Roma/ Rambut
3. Darah
4. Daging
 
 
KEPUNYAAN BAPA : EMPAT (4)
 
1. Aurat
2. Sendi
3. Tulang
4. Otak
 
 
KEPUNYAAN NABI : EMPAT (4)
 
1. Budi
2. Kira Bicara
3. Cita-Cita
4. Iktikad
 
 
KEPUNYAAN MALAIKAT : EMPAT (4)
 
1. Suara
2. Pendengaran
3. Penciuman
4. Penglihatan
 
 
KEPUNYAAN ALLAH : EMPAT (4)
 
1. Roh : Roh Rabbani atau Roh Sultani = ZIKIRNYA YA ALLAH
 
2. Nafas : Roh Jasadi atau Roh Idhofi = ZIKIRNYA YA ZATULLAH
 
3. Rezeki : Rezeki Jasad dan Roh ilmu = ZIKIRNYA YA SIFATULLAH
 
4. Syuhud : Kenal Allah / Ma'rifah = ZIKIRNYA YA INSANULLAH

MAKSUDNYA:
 
1. Roh Rabbani tidak binasa sudah ada sebelum NABI ADAM A.S dijadikan.
 
2. Nafas Roh Jasad atau Nyawa akan mati bila ia keluar badan.
 
3. Rezeki Rahmat dari Allah dunia dan Akhirat.
 
4. Syuhudul Wahdah Fikasrah, Syuhudul Kasrah Fiwahdah.
 
Maksudnya: Pandang yang satu kepada yang banyak, Pandang yang banyak kepada yang satu (maksudnya KENAL ALLAH DAN KENAL DIRI)


SIFAT-SIFAT YANG DIPINJAM DARI ALLAH 

1. Ujud ~ Badan Manusia
2. Qidam ~ Kulit Badan Manusia
3. Bako ~ Daging Manusia
4. Mukhalafatuhu Lil Hawadis ~ Roh Manusia
5. Qiamuhu binafsih ~ Rupa Manusia
6. Wahdaniah ~ Hati Manusia
7. Qudrat ~ Urat Manusia
8. Iradah ~ Tulang Manusia
9. Ilmu ~ Solbi / Tulang Belakang
10. Hayat ~ Anggota Manusia
11. Samak ~ Besi Kursani / Terletak Pada Dada Manusia
12. Basor ~ Ma'nikam Kursani
13. Qalam ~ Suara Kursani


BADAN MANUSIA

Jismani atau badan atau Insani berasal dari tanah/bumi, iaitu kejadian Nabi Allah Adam a.w. Asal tanah pulang ke tanah apabila kita mati.

Roh badan halus berasal dari langit, asal dari langit pulang ke langit apabila mati.


DIRI KITA ADA EMPAT (4):

1. Diri sebenar-benar diri / Diri dalam diri (Roh) ~ ALLAH
2. Diri terperi / Nama diri ~ MUHAMMAD
3. Diri Terdiri / Jasad zahir rupa insan ~ ADAM
4. Diri Sendiri ~ MANUSIA

Contoh Insan:

1. ALLAH ~ Di ibaratkan Kapas
2. MUHAMMAD ~ Di ibaratkan Benang
3. ADAM ~ Di ibaratkan Kain
4. MANUSIA ~ Di ibaratkan Corak Kain


1. NAFAS ~ ROH - ? Tidak Berhuruf /Suara
2. NUFUS ~ JASAD - Huruf Alif Di Atas 'Alif"
3. TANAFAS ~ NYAWA - Huruf Alif Di Bawah 'Ilif"
4. ANFAS ~ SIR - Huruf Alif Di Hadapan 'Ulif'


Maksudnya:

1. NAFAS : Firman Allah S.WT yang bermaksud: " (Setelah semuanya berlaku) Mengetahuilah di tiap-tiap siri akan amal yang disediakan-Nya." (At-Takwir :14)

2. NUFUS : Firman Allah S.W.T yang bermaksud: " Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya."
(At-Takwir : 7)

3. TANAFAS : Firman Allah S.WT yang bermaksud: " Dari siang apabila ia mulai terang." (At-Takwir : 18)

4. ANFAS: Maksud Hadis: 


KEDUDUKAN BADAN

Kedudukan Badan Manusia adalah seperti berikut:

1. JASMANI ~ Badan atau diri anda ada 360 anggota
cantuman
2. ROH ~ Penghidupan bersuis di Arasy
3. RAWAN /ARWAN ~ Penghayal bersuis di alam Malakut
4. QALBUN ~ Jantung atau sanubari duduknya kiri dada
5. KABID ~ Hati duduknya di kanan perut
6. SIR ~ Perantaraan atau hubungan Allah dan insan
7. AKAL ~ Untuk berfikir
8. Hawa ~ Budi Rasa / Kira Bicara
9. Nafsu ~ Jiwa
10. Dunia ~ Keinginan
11. Malaikat ~ Rohani Baik / Ilham
12. Syaitan ~ Rohani Jahat /Was-Was

 
1. Jasad atau badan ada mempunyai cantuman 360 tulang, tulang yang dapat disentuh ada 265 dan mempunyai urat 1,014 urat saraf.

2. Manusia ada dua jenis:

a. Roh wahyu hayat dari Allah ( tiada pada binatang )
b. Roh angin wap atau asap ( ada pada binatang )

 
Sebelum ada Nabi Allah Adam a.s dan Hawa, roh sudah ada. Malaikat diperintah menyembah Adam hanya sesudah Adam mempunyai roh. Roh adalah Nur (cahaya), roh bukan lelaki dan bukan perempuan, tidak berdaging, tidak bertulang, tidak berdarah, tidak bertempat, tidak mati, hidup selama-lamanya.

Di zaman Nabi Muhammad s.a.w datang rombongan orang-orang yahudi bertanyakan kepada beliau berkenaan roh, Nabi Muhammad tidak dapat menjawab dan minta tempoh tiga hari, tujuannya hendak menunggu wahyu dari Allah .

Selepas tiga hari wahyu tidak juga turun, maka Nabi Muhammad s.a.w pun pergi beribadat di Gua Hira' . Tidak berapa lama kemudian turunlah wahyu.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika mereka bertanya kepada mu berkenaan dengan roh, jawablah roh itu urusan Tuhanku dan tidak diberi, pengetahuan tentangnya melainkan hanyalah sedikit." ( Al-Israk : 85)

Sebab pun wahyu tertangguh turunnya, kerana Nabi bercakap kepada orang yahudi itu, tidak menyebut "InsyaAllah", sepatutnya "InsyaAllah dalam masa tiga hari saya akan jawab". Oleh itu jadi contoh bagi kita bila bercakap perkara akan datang jangan lupa sertakan InsyaAllah.

Roh adalah satu walaupun manusia banyak. Roh adalah pati segalanya. Roh bukan makhluk dan beristana di hati. Inilah sultan jika hati baik nescaya semua anggota jadi baik.


Roh sifatnya memerintah, jasad kena perintah sedangkan sifat memerintah itu adalah sifat Allah Taala. Belum ada manusia yang dapat menghuraikan berkenaan dengan roh dengan jelas. Barangsiapa hidup dikuasai oleh roh adalah manusia yang tinggi di sisi Allah Taala setanding dengan para Malaikat.

Bercakap dan berbincang berkenaan roh hukumnya makroh dan mengikut pendapat Imam Junid Al-Bagdadi hukumnya haram kerana jika tidak dapat hakikat yang sebenar boleh jadi sesat. Dalam Al-Quran 21 kali diulang perkataan roh. Sesiapa kenal roh, beerti ia kenal Allah. Roh rahsia Allah tempat tertulisnya kalimah "Laailaha illa llah" cermin tajali Allah. Roh berkehendakkan kesucian ibadah.


KERJA-KERJA ROH

1. Mengalirkan darah daripada jantung ke seluruh badan.
Ia bertugas sampai kita mati.

2. Roh menyimpan ilmu yang menjadikan kita maju.


ROH THOBIE

Roh hayat atau nafas, keluar dan masuk 28,000 kali sehari semalam.


ALAM MALAKUT DAN ALAM MULKI
Apakah perbezaan kedua alam ini ?

Alam Mulki atau alam syahadah juga dipanggil alam nyata. Segala sesuatu dilihat terjadi dengan sebab dan akibat.

Alam Malakut ialah alam yang dilihat penuh dengan kekuasaan Allah swt. Untuk melihat ini bukan dengan mata kasar tapi dengan mata hati. Hati juga mesti bersih.

Kesimpulannya kedua-dua alam ini memang ujud pada masa sekarang. Alam Mulki dilihat dengan mata kasar dan Alam Malakut dilihat dengan Mata Hati. Itu sebab selama 10 tahun Anas sahabat Nabi saw tinggal bersama Nabi saw tidak pernah Nabi saw mengatakan mengapa buat ini atau mengapa tidak membuat ini. Ini kerana Nabi telah melihat semua kejadian adalah Kekuasaan Allah swt.

Oleh itu kita sebagai manusia biasa kadang-kadang kita lalai dengan melihat sesuatu dengan mata kasar dan pada masa itu kita berada dialam nyata dan kadang-kadang pula kita melihat dengan mata hati dimana kita berada dialam malakut. Ini semua bergantung kepada kebersihan hati.

Sebagai contoh apabila kita minum air. Apabila kita mengatakan sebab air maka hilang dahaga kita. Masa ini kita berada dialam nyata yang penuh dengan sebab dan akibat. Tetapi masa kita minum air tersebut kita mengatakan Allah swt yang menghilangkan dahaga kita maka masa itu kita berada di alam Malakut yang penuh dengan kekuasaan Allah swt.

Hendaklah kita yakin kebenaran setelah MENDENGAR ayat-ayat ALLAH (Al-Quran) di dunia tetapi jangan menyesal setelah MELIHAT kebenaran di akhirat.
 

MAKANAN BADAN MANUSIA

Makanan badan manusia adalah seperti berikut:
 
1. ROH - MAKANAN NYA IBADAH
2. OTAK - MAKANAN NYA ILMU
3. HATI - MAKANAN NYA IMAN
4. JASAD - MAKANAN NYA UDARA, AIR, ZAT MAKANAN

Anak yang di dalam kandungan makan melalui uri yang disambung ke tali pusat ibunya.


BADAN MANUSIA

Badan manusia akan merasa mati pulang ke tanah, sebelum itu ajan merasa sihat, sakit, senang, susah dan lain-lain. Badan mempunyai lebih kurang 2 000 000 lubang rumah atau lubang peluh pada badan. Bagi orang yang sihat jantung berdenyut atau bergerak 70 kali sesaat, badan juga perlu makan dan minum serta berehat atau tidur yang cukup, makanan yang cukup bagi seseorang ialah 3 200 geluri (zat) sehari semalam, dua hari tidak makan separuh mati, tujuh hari tidak makan boleh mati. Di dalam badan kita mengandungi 3/4 air, oleh itu kita perlu minum lebih banyak dari makan. Kita perlu minum di antara 2 1/2 liter ke 3 liter air dalam sehari malam atau di antara 6 hingga 8 gelas.


KEDUDUKAN AIR DALAM BADAN

1. Badan Lelaki mengandungi 65% ke 75% Air
2. Badan Perempuan mengandungi 55% ke 65% Air
3. Badan Kanak-Kanak 75% ke 85% Air


TEMPAT AIR DALAM BADAN

1. Darah dalam Urat Saraf 85%
2. Darah dalam Otak 75%
3. Darah dalam Tulang 74%

Jika air hilang dari badan 15% ke 20% boleh menyebabkan kematian.


DARI MANA BADAN DAPAT AIR

1. Buah-buahan mengandungi air 80%
2. Sayur-sayuran mengandungi air 80%
3. Daging mengandungi air 50% ke 75%
4. Roti mengandungi air 36%


DALAM PERUT ADA TIGA BAHAGIAN

1. Untuk Udara ( Pernafasan )
2. Untuk Air ( Minuman )
3. Untuk Makan ( Makanan )


MAKANAN TERBAHAGI TIGA

1. Jadi Darah Daging
2. Jadi Najis ( Tahi )
3. Jadi Kuman ( Penyakit )


DARAH DALAM BADAN

1. Tiap-tiap seorang ada 9 ke 10 pain darah
2. Satu titik darah ada 250 juta sel darah merah
3. Kumpulan darah jenis A, AB, B dan O
4. Lelaki ada 999 + 3 sel darah merah
5. Perempuan ada 444 + 3 sel darah merah

Darah masuk ke jantung sekali dalam masa satu minit dan darah masuk ke jantung lapan kali dalam masa seminit waktu kita letih.

 
TULANG MANUSIA

Tulang belakang manusia mempunyai 33 pasak atau buku. Buku ini terjadi waktu lembaga Adam hendak dimasukkan ROH kali ketiga.


CERITA RINGKAS LEMBAGA NABI ALLAH ADAM A.S

Empat puluh tahun (40) sebelum lembaga Adam dicipta Allah Taal telah bermesyuarat dengan ketua malaikat yang mana Allah akan menjadikan seorang khalifah di mukabumi.

Semua malaikat bersetuju kecuali seorang yang membantah iaitu namanya Azazil (ketua dari segala malaikat) yang mana akhirnya dilaknat oleh Allah dan itulah 'Iblis Laknatullah'.

Setelah empat puluh tahun (40) berlalu, maka Allah memerintahkan kepada semua malaikat supaya menempa (membuat/mencipta) lembaga Adam, tetapi malangnya tiada siapa pun yang sanggup membuatnya, alasannya kerana tidak ada contoh. Oleh itulah maka lembaga Adam dibuat oleh Allah Taala sendiri dengan tangannya.


ADAM DITEMPA DARI TANAH

1. Adam jadi daripada Tanah
2. Tanah jadi daripada Buih
3. Buih jadi daripada Ombak
4. Ombak jadi daripada Air
5. Air jadi daripada Angin
6. Angin jadi daripada Api
7. Api jadi daripada Nur Muhammad
8. Nur Muhammad jadi daripada Nurulllah
9. Nurullaj jadi jadi daripada Zat Allah
10. Zat Allah Tidak Ada Permulaan


TANAH CAMPURAN KEJADIAN ADAM

1. Kepala nya dari Tanah Baitul Muqaddis
2. Otak nya dari Tanah Baitul Muqaddis
3. Telinga nya dari Tanah Bukit Thursina
4. Dahi nya dari Tanah Negeri Iraq
5. Kening nya dari Tanah Negeri Iraq
6. Muka nya dari Tanah Aden
7. Mata nya dari Telaga Kauthar
8. Gigi nya dari Telaga Kauthar
9. Tangan Kanan nya dari Tanah Kaabah
10. Tangan Kiri nya dari Tanah Negeri Iran
11. Perut nya dari Tanah Negeri Khurasan
12. Kemaluan nya dari Tanah Babil
13. Hati nya dari Tanah Syurga Firdaus
14. Lidah nya dari Tanah Negeri Thaif
15. Kaki nya dari Tanah Negeri Indonesia

Semua tanah itu diuli dengan air syurga dan waktu itulah Nabi Muhammad diisytihar jadi Nabi.


HADIS BERKAITAN

Maksud Hadis : Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W . " Aku telah jadi nabi waktu Adam di antara air dan tanah."

Maksud Hadis : Bahawa Allah telah mengkamir (Menguli) tanah untuk menjadikan Adam itu selama empat puluh (40) subuh.

Maksud Hadis : Aku telah menguli tanah untuk dijadikan Adam itu dengan tangan selama empat puluh (40) subuh.


Maka keluarlah empat jenis air darinya:

1. AIR MANIS - Air Liur keluar dari Mulut
2. AIR MASIN - Air Mata keluar dari Mata
3. AIR HANYIR - Air Hidung (Hingus) keluar dari Hidung
4. AIR PAHIT - Air Telinga keluar dari Telinga

Maka tajalli hak Allah Taala pada tanah itu dengan berbagai-bagai tajalli Hadhratul Zat diletak lembaga Adam itu di pihak antara medan, Azal dan Abad Syrakul Zat dan Kamarul Sifat, tetapi tidak diheboh-hebohkan yaitu tidak mazkur dan tidak masyur pada segala malaikat dan jin.


LEMBAGA ADAM SIAP DITEMPA

Maka terlantarlah dengan tidak dijaga selama beberapa tahun.

1. Terlantar di Tanah Paya 40 TAHUN
2. Terlantar di Tanah Kering 40 TAHUN
3. Terlantar di Tanah Lumpur 40 TAHUN
                                                    120 TAHUN

 
Semua para malaikat melihat lembaga Adam dengan hina, kerana mereka kurang makrifat yang sebenar kebesaran lembaga Adam itu.


KEJADIAN ADAM DARI TUJUH PETALA BUMI

Kejadian Adam adalah seperti berikut:

1. KEPALA - Campuran Bumi yang Pertama.
2. LEHER - Campuran Bumi yang Ke Dua
3. DADA - Campuran Bumi yang Ke Tiga
4. DUA TANGAN - Campuran Bumi yang Ke Empat
5. BELAKANG - Campuran Bumi yang Ke Lima
6. PINGGANG - Campuran Bumi yang Ke Enam
7. DUA KAKI - Campuran Bumi yang Ke Tujuh


DIMASUK IKLIM (HAWA) SERATA DUNIA

1. KEPALA - Hawa Kaabah
2. DADA - Hawa campuran semua bumi (7 petala)
3. BELAKANG - Hawa Negeri India
4. DUA TANGAN - Hawa dari Timur
5. DUA KAKI - Hawa dari Barat

Maksud Hadis : Daripada Abi Hurairah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda," Sebaik-baik hari ialah terbit matahari pada hari Jumaat, kerana pada hari Jumaat Adam dicipta, pada hari Jumaat dimasukkan ke Syurga, pada hari Jumaat Adam dikeluarkan dari Syurga dan tidak terjadi Kiamat melainkan pada hari Jumaat.


ADAM DITIUPKAN PADA JASADNYA

Firman Allah yang bermaksud: " Kemudian kami sempurnakan (kejadiannya) jasad Adam dan ditiupkan roh." (As-Sajadah : 9)

Firman Allah yang bermaksud : " Maka apabila sempurna lembaga Adam ditiupkan roh padanya dan hendaklah kalian sujud kepadanya." (Sod : 72)


CARA ROH DIMASUKKAN

Malaikat Izrail lah yang ditugaskan untuk meniup roh pada Adam itu. Allah Taala hembuskan roh pada tangan Malaikat Izrail dan disuruh masukkan ke jasad Adam. Waktu Malaikat Izrail membawa roh itu ia terasa di dalam genggaman nya tidak ada apa-apa lalu dibukanya tangan itu, maka roh itupun terbanglah.

Malaikat Izrail pun balik menghadap Allah Taala dan menceritakan hal yang berlaku itu, maka Allah tiupkan lagi roh ke dalam genggaman Malaikat Izrail dan melarang membukanya.

Setelah Malaikat Izrail sampai di tempat lembaga Adam, ia pun mula memasukkan roh itu, tetapi roh enggan masuk. Bila dimasukkan, roh itu keluar balik, begitulah halnya hingga memakan masa 200 tahun. Setelah roh masuk ke lembaga Adam, maka tiba-tiba jasad itupun pecah dan meletup dan terbang jugalah roh itu entah ke mana seperti yang pertama dahulu.

Maka Malaikat Izrail pun balik menghadap Allah Taala.

Firman Allah Taala, anda tidak simpai (ikat) tentulah pecah. Allah Taala tiupkan roh pada tapak tangan malaikat Izrail kali yang ketiga, maka Izrail pun pergi kepada lembaga Adam dengan penuh cermat. Setelah sampai pada lembaga Adam lalu disimpai lebih dahulu dengan م, ح, م, د = محمد Mim, Ha, Mim, Dal (Muhammad) pada pinggang dan di belakang dipaku dengan 33 pasak.

Setelah siap disimpai dan dipasak lalu dimasukkan roh dengan cermat melalui hidung secara paksa, roh tidak mahu masuk, ditolak ia keluar, ditolak lagi ia keluar. Begitulah hal keadaannya mengambil masa selama 200 tahun hingga belurah atau berkesan pasa bawah hidung.

Sebab itulah lurah atau lorong pada hidung kita di sebut telapak Nabi. Roh pun dapat dimasukkan tetapi ia berputar-putar di dalam kepala selama 200 tahun barulah dapat turun perlahan-lahan. Apabila sampai ke mata, terbukalah mata Adam maka melihatlah ia akan dirinya. Apabila roh sampai ke telinga, maka mendengarlah Adam zikir para malaikat. Apabila sampai ke telinga, lalu ia bersin. Apabila roh sampai ke mulut, Allah ajar Adam mengucap 'Alhamdulillah', maka Allah dan semua malaikat menjawab 'Yarhamukallah Ya Adam'. Apabila roh sampai ke dada lalu Adam tergesa-gesa hendak bangun dan berdiri, sedangkan badannya belum hidup, masih berupa tanah liat.


خُلِقَ الْاِ نْسَآنُ مِنْ عَجَلٍ

(الانبياء :37 )
 
Firman Allah yang bermaksud: "Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru pada serba-serbinya".(Al-Anbiya' : 37)
وَكَانَ اْلِانْسَآنَ عَجُوْلًا

الاسراء :11

 
Firman Allah yang bermaksud: "dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru atau tergesa-gesa"( Al-Isra' : 11)

Itulah sebabnya kita manusia ini selalu gopoh kerana warisan dari Adam. Setelah roh sampai ke perut, maka Adam terasa lapar dan dahaga hingga roh meresap ke seluruh badan maka terhimpunlah:

1. Roh
2. Kulit
3. Tulang
4. Darah
5. Daging

Setelah sempurna kejadian Adam maka dipakaikan kuku dari mutiara yang sangat putih, pada mulanya Adam tidak ada kuku seperti kita sekarang, hanya ada kuku palsu dari mutiara. Setelah Adam diturunkan ke dunia maka kuku palsu dari mutiara itu pun ditanggalkan dan dihidupkan kuku asli seperti kita sekarang untuk peringatan Adam akan dosa-dosanya memakan buah khuldi. Setakat ini sahaja cerita Adam, kerana bukan tujuan kami untuk itu cuma tentang kejadiannya sahaja yang ada kaitannya dengan mengenal diri.

Sebagai mana disebutkan waktu kejadian Adam dahulu yang mana belakang kita ada 33 buku atau pasak untuk menguatkannya, tulang rusuk kanan lelaki ada lapan belas (18) dan tulang rusuk kiri ada tujuh belas (17), kurang satu (1) kerana diambil untuk dijadikan Siti Hawa, tetapi bagi perempuan cukup kiri dan kanannya iaitu lapan belas (18).

Maksud Hadis: "Maka bahawasanya perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok, oleh itu hendaklah kita bentuk dengan lembut degil."
 

RAMBUT MANUSIA


Rambut kita di kepala bergerak dua puluh kali dalam sesaat, tetapi hanya 80% sahaja yang bergerak atau bekerja bakinya 20% lagi diam atau rehat, rambut yang putih (uban) memberi salam kepada rambut yang hitam.


Al-Hadis


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَاَناَامَوْتُوْا


Ertinya, Selamat sejahtera kalian aku akan mati; iaitu ucapan selamat tinggal pada kawan-kawan lamanya.


 
DARAH MANUSIA


Darah merah masuk ke jantung sekali dalam masa satu minit dan lapan kali waktu kita letih atau penat. Jika darah keluar banyak lebih dari tiga pain menyebabkan kematian, oleh itu perlu ditambah darah lain, orang yang mula membuat penambahan darah ialah Dr. James Blunde pada tahun 1918.


 
OTAK MANUSIA


Otak manusia ada beberapa bahagian:


1. Otak Pusat Perasaan duduknya di tengah kepala (Ubun-Ubun)

2. Otak Pusat Kemahuan duduknya di sebelah kanan kepala

3. Otak Pusat Kesedaran duduknya di sebelah belakang kepala.
 
4. Otak Pusat Ingatan duduknya di sebelah kiri kepala

5. Otak Pusat Pemikiran duduknya di sebelah hadapan kepala


Pangkal otak menyalurkan tangkapan urat saraf ke seluruh badan.


ROH MANUSIA

Roh manusia ada dua jenis:


1. Roh Latifatul Robbaniah (Hayatullah)

2. Roh Tobie - Berupa Wap atau Asap


 

Di dalam Al-Quran ada diulang 21 kali perkataan roh, sebelum Adam dan Hawa, roh sudah ada malaikat disuruh menyembah Adam hanya sesudah Adam mempunyai roh. Roh adalah Nur (Cahaya), roh bukan lelaki dan bukan perempuan tidak berdaging, tidak berdarah, tidak bertulang, tidak bertempat, tidak mati bahkan hidup selama-lamanya.


Di zaman Nabi Muhammad s.a.w datang satu rombongan orang-orang yahudi bertanya kepada beliau berkenaan roh, Nabi Muhammad s.a.w tidak dapat menjawabnya dan meminta tempoh tiga hari, tujuannya hendak menunggu wahyu bagi mendapatkan jawapannya.


Selepas tiga hari wahyu tidak juga turun maka Nabi Muhammad s.a.w pergi berkhalwat di gua hira', tidak beberapa lama kemudian turunlah wahyu,



Rujukan Surah : Al-Israk 85


Ertinya : Dan jika mereka bertanya kepadamu ya Muhammad berkenaan dengan roh, jawablah roh itu urusan Allah dan tidak diberi pengetahuan berkenaannya melainkan sedikit.


Sebab pun wahyu lambat turun atau tertangguh kerana Nabi Muammad s.a.w berjanji dengan orang Yahudi itu selama tiga hari dengan tidak disertakan InsyaAllah, oleh itu jika kita bercakap perkara-perkara yang akan datang hendaklah disertakan "InsyaAllah".


Roh adalah satu walaupun manusia ini ramai, roh adalah pati segalanya roh bukan makhluk dan beritana di hati inilah sultan, jika hati baik, nescaya semua anggota lain jadi baik.


Rujukan Suruh : Al-Imran 15


Ertinya : Dicampakkan roh daripada urusan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari hamba-hambanya supaya memperingatkan tentang hari pertemuan (hari kiamat).


Roh sifatnya memerintah (hati) jasad kena perintah, sedangkan sifat memerintah itu adalah sifat Allah, belum ada manusia dapat menghuraikan dengan jelas berkenaan roh.


Siapa-siapa kenal roh, beerti telah mengenal Allah, roh adalah rahsia Allah tempat tertulisnya kalimah "Lailaha illallah" cermin tajalli nama Allah Roh berkehendakkan kesucian ibadah.



KERJA-KERJA ROH


1. Mengalirkan darah dari jantung ke seluruh badan, ia bertugas sampai kita mati.


2. Roh menyimpan ilmu yang menjadikan kita maju.




ROH TOBIEI ATAU NAFAS


Nafas keluar masuk sehari semalam 28 000 kali sehari semalam


1. Nafas keluar di kanan hidung sebelah bawah dinamakan Abu Bakar, istananya pada hati.


2. Nafas keluar di kanan juring hidung sebelah bawah dinamakan Umar, istananya limpa.


3. Nafas keluar di kanan juring sebelah atas dinamakan Othman, istananya paru-paru.


4. Nafas keluar di kanan tepi dinding hidung dinamakan Ali, istananya pada hempedu.


5. Nafas keluar di kanan tengah-tengah liang hidung dinamakan Muhammad, istananya pada jantung.


6. Nafas keluar di kiri hidung sebelah bawah dinamakan Jibril


7. Nafas keluar di kiri juring hidung sebelah bawah dinamakan Mikail


8. Nafas keluar di kiri juring hidung sebelah atas dinamakan Israfil


9. Nafas keluar d kiri tepi dinding hidung dinamakan Izrail.


10. Nafas keluar di kiri tengah-tengah liang hidung dinamakan Fatimah.


Roh dipengaruhi oleh malaikat, barangsiapa yang hidup dikuasai oleh roh, adalah manusia tinggi di sisi Allah setanding dengan Malaikat, apabila badan mati roh kembali ke langit.


Roh bersemangat sedangkan jasad itu lemah, roh itu dari Nur (Cahaya) dan jasad dari tanah (Zulmat) anak lahir dari jasad.


Siapa-siapa mendengar dengan telinga pasti akan keluar pada telinga yang lain-lain lagi, siapa-siapa yang mendengar dengan roh kemudian masuk ke dalam hati akan faham dan akan mendapat ilham atau tambahan ilmu dengan sendirinya. Ilmu Nur pada Akal, Akal Nur pada Roh, Roh Nur pada Jasad, Jasad Nur pada Alam.



ARWAN ATAU RAWAN MANUSIA


Roh annakzoh atau attamyiz adalah pemikiran pekerjaan menghayal masa yang telah lalu dan masa akan datang, misalnya pengarang atau pelukis dapat menghayalkan karangannya atau sebuah pemandangan hingga menjadi sebuah buku atau lukisan.

Rawan tidak ada pada binatang, semua orang ada rawannya, cuma berbeza beza kuat atau lemah, lebih atau kurang, rawan ini duduknya pada dahi di antara dua kening di dalam otak.

Dengan adanya rawan manusia boleh maju, kerana dapat menghayalkan barang yang belum ada, sekecil-kecil kemajuan yang dicapai dapat membangun rumahtangga, rawan kalau keluar dari badan orang tertidur.

Tidur juga sangat perlu pada manusia, Ulama' membahagikan masa 24 jam itu kepada tiga bahagian:-

1. Lapan jam untuk bekerja
2. Lapan jam untuk beribadat
3. Lapan jam untuk rehat tidur

Bagi manusia dewasa perlu tidur di antara 8 hingga ke 5 jam sehari semalam dan bagi kanak-kanak perlu tidur di antara 18 hingga ke 14 jam sehari semalam.


 
KALBUN DAN JANTUNG MANUSIA

Jantung ada dua mata dan dua pintu. Satu pintu di sebelah atas yang dijaga oleh Malaikat namanya Mulhim anak kuncinya zikir Jihar (Nyaring). Apa-apa yang terlintas atau teringat kerja-kerja kebaikan dinamakan mendapat ilham.
Satu pintu lagi di bawah dijaga oleh syaitan bernama was-was anak kuncinya zikir Sir (Perlahan) dalam hati. Apabila berzikir sir atau khafi syaitan akan menjauhkan diri.
Apa-apa yang terlintas atau teringat biasanya diragukan atau rasa was-was, jantung duduknya di sebelah kiri dada, jantung yang paling baik ialah putih dan tiada atau kurang darah di dalamnya.
 
Jantung yang tidak baik ialah jantung kotor merah hitam ada enam puluh jenis penyakit hati. Ubatnya zikrullah, kerana zikir menetapkan hati, hati peka pada benda manis dan benda-benda wangi.


 SIR ATAU NYAWA


Sir adalah lebih kecil daripada roh, roh lebih kecil dari kalbun, sir boleh melihat Allah (itu dinamakan) basoriah, apabila sir bersih dari nafsu.


CONTOH PERBANDINGAN:
 
1. Kalbun - Besar
2. Roh - Kecil
3. Sir - Lebih Kecil


JENIS HATI ADA EMPAT
 
1. Hati bersih bersifat puteh - Hati Orang Islam
2. Hati zulmat bersifat hitam - Hati Orang Kafir
3. Hati bersifat terbungkus - Hati Orang Munafik
4. Hati melintang pada iman - Hati Orang Asi


KERJA-KERJANYA
 

1. Kalbun untuk mengetahui sifat-sifat Allah
2. Roh untuk meminta atau menyampai pada Allah
3. Sir untuk melihat dalil adanya Allah



SOALAN JIBRIL KEPADA ANAK-ANAK NABI DAUD A.S


Soalan Malaikat Jibril pada anak-anak Nabi Allah Daud, barangsiapa dapat menjawab akan jadi Raja.

1. Iman duduknya di mana?
2. Kasih duduknya di mana?
3. Malu duduknya di mana?
4. Akal duduknya di mana?
5. Kuat duduknya di mana?

JAWAPANNYA:

1. Iman pada Hati
2. Kasih pada Jantung
3. Malu pada Mata Hati
4. Akal pada Kepala
5. Kuat pada Tulang
 

Hanya anak Nabi Allah Daud yang bernama Sulaiman dapat menjawab dengan tepat, itulah sebabnya dapat jadi Raja yang teragung di dunia ini.
 
 
AKAL MANUSIA
 
Akal manusia ada tiga :

1. Akal Material (Khayalan)
2. Akal Malakah (Bakat Semulajadi)
3. Akal Ilmu (Pelajaran)

Akal adalah perkara bernilai. Manusia diwajibkan beragama kerana adanya akal. Akal itulah manusia, kalau manusia tidak ada akal bukan manusia dan tidak membuat suruhan Agama Islam, kerana salah satu syarat beragama ialah berakal.
 
Akal bertugas sebagai alat penerangan kepada manusia, dengan adanya akal manusia dapat menilai mana baik yang mana buruk atau jahat dengan akal juga manusia dapat menimbang salah atau benar.
 
Sebab itulah Agama Islam melarang minum arak dan benda-benda yang boleh memabukkan, kerana minum arak boleh menghilangkan akalmu walaupun hanya sekejap sahaja dan Agama Islam tidak mewajibkan beribadah jika ia hilang akal seperti pitam atau gila.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa' : 42
Ertinya : Jangan kalian hampir kepada sembahyang ketika mabuk, hinggalah kalian tahu apa yang diucapkan.

Akal tidak dapat bekerja dengan sempurna jika tidak dibantu oleh ilmu. Allah Taala pernah bertanya kepada akal siapa Aku? Akal tidak menjawab.
Maka Allah Taala sapukan seluruh badan akal dengan 'nur ahadiah' maka terbukalah mata akal dan berkata Engkaulah Tuhan.
Kesimpulannya akal tidak berdaya mengenal Allah, melainkan melalui pertolongan guru (Ilmu).


HAWA NAFSU DAN PENGERTIAN

HAWA ( Perasaan) adalah perasaan tiap-tiap manusia, manusia ada perasaan mulia, hina, takut dan sebagainya. Oleh itu jika manusia tidak ada hawa samalah seperti orang mati.

NAFSU (Keinginan) nafsu adalah keinginan seperti ingin kaya, mulia, cantik dan lain-lain. Nafsu apabila ia sentiasa dalam maksiat dinamakan haiwani (Binatang). Nafsu adalah ibu segala berhala.

Di dalam kitab futuh hulmakiah karangan Syeikh Mahbudin Al-Arabi, ketika Allah mencipta nafsu dan bertanya kepadanya siapa Aku? Maka nafsu pun berkata siapa aku?
Maka Allah rejamkan nafsu ke dalam laut selama 1,000 tahun, kemudian dibangkitkan dan bertanya lagi siapa Aku? barulah nafsu menjawab Engkaulah Tuhan. Jika nafsu menjawab siapa aku? macam dahulu mungkin kena rejam 1,000 tahun lagi.

Direjam ke dalam laut 1,000 tahun itu bermaksud dibersihkan dengan air, ini menunjukkan nafsu itu perlu dibersihkan dengan apa cara sekalipun, dan dijaga kerana nafsu boleh menipu kita 360 kali dalam sehari semalam, Allah sendiri pun dilawannya apakan lagi kita manusia yang serba kekurangan.
 

NAFSU DI BADAN MANUSIA ADA TUJUH JENIS:

1. Nafsu Amarah Cahayanya Hitam
2. Nafsu Lauwamah Cahayanya Puteh
3. Nafsu Mulahamah Cahayanya Merah
4. Nafsu Mardhiah Cahayanya Biru
5. Nafsu Rodiah Cahayanya Kuning
6. Nafsu Muthmainnah Cahayanya Hijau
7. Nafsu Kamilah Cahayanya Hijau Muda


TEMPAT NAFSU DALAM BADAN KITA

Adapun tempat-tempat nafsu di dalam badan atau kedudukan lathoifnya seperti berikut.

1. Latifatul kalbi atau nafsu amarah duduknya tiga sentimeter di bawah susu kiri. Kesukaannya syirik.

2. Latifatul sir atau nafsu lauwamah duduknya berbetulan susu kiri sekadar tiga sentimeter ke arah dada sebelah atas. Kesukaannya seperti binatang buas, pemarah, dendam dan seumpamanya.

3. Latifatul roh atau nafsu mulahamah duduknya di bawah susu kanan sekadar 3 sentimeter ke pihak kanan. Kesukaannya seperti binatang jinak menurut hawa nafsu.

4. Latifatul nafsi atau nafsu mardhiah duduknya di dahi antara dua kening. Kesukaannya mendorong membuat kejahatan.

5. Latifatul akhfa atau nafsu rodiah, duduknya di tengah-tengah dada hempedu. Kesukaannya riak atau bermegah-megah.

6. Latifatul hafi atau nafsu muthmainnah duduknya berbebetulan susu kanan tiga sentimeter ke pihak dada. Kesukaannya dengki.

7. Latifatul kullu jasad atau nafsu kamilah duduknya pada pusat. Kesukaannya membuat kebaikan atau kebajikan. 


ZIKIR MENOLAK SEGALA LATHOIF ATAU SEMUA NAFSU:

1. Nafsu Amarah : Zikirnya - Allah, Allah 5,000 x
2. Nafsu Lauwamah : Zikirnya - Allah, Allah 1,000 x
3. Nafsu Mulahamah : Zikirnya - Allah, Allah 1,000 x
4. Nafsu Mardhiah : Zikirnya - Allah, Allah 1,000 x
5. Nafsu Rodiah : Zikirnya - Allah, Allah 1,000 x
6. Nafsu Muthmainnah : Zikirnya - Allah, Allah 1,000 x
7. Nafsu Kamilah : Zikirnya - Allah, Allah 1,000 x
JUMLAH = 11,000 x

Zikir 11,000 x inilah yang dinamakan tawajjuh peringkat awal yang dibuat oleh ahli sufi atau ahli tarikat biasanya dibuat secara berkumpulan yang disertai oleh guru. 11,000x zikir Allah, Allah iaitu ismu Zat boleh dihabiskan dalam masa 45 minit.


MALAIKAT HAFZOH (YANG MENJAGA) KITA
 
Malaikat-malaikat yang menjaga kita siang sepuluh dan malam sepuluh yang tersebut di dalam kitab Darussamin muka surat 66, mereka bertukar 'shift' pada waktu subuh dan waktu asar.

1. Satu Malaikat pada bahu kanan
2. Satu Malaikat pada bahu kiri
3. Satu Malaikat pada rusuk
4. Satu Malaikat pada ubun-ubun
5. Satu Malaikat pada hadapan
6. Satu Malaikat pada belakang
7. Satu Malaikat pada bibir

*Ketuanya bernama Kiroman duduknya di bahu kanan menulis amal yang baik.


MALAIKAT TIDAK MENJAGA KITA KETIKA:

1. Waktu buang air besar atau kecil
2. Waktu mandi
3. Waktu bersetubuh (Junub)


SYAITAN DALAM DIRI KITA
 
Berada di dalam diri kita dinamakan syaitan dan yang berkeliaran di luar itu dinamakan iblis. Syaitan ada juga gunanya jika dapat dikawal dengan sempurnanya. Syaitan dapat mengikut arahan kita maka dengan sendirinya iblis luar tidak dapat masuk tanpa kerjasama dari syaitan. Syaitan itu umpama api, jadi kawan dan manafaat jika dapat dikawal tetapi jadi musuh jika tidak dikawal.


MANUSIA ERTINYA PELUPA

INSAN adalah ertinya pelupa atau lalai. Semua manusia adalah hamba dan wakil Allah di muka bumi Khalifah. Manusia tahu dari mana ia datang. Manusia itu ahwal (sempadan) di antara alam dunia dengan Tuhan (Allah) atau di antara muhadas dan kadim, ujud dan makdum.
 
Binatang-binatang tahu segalanya melalui ilham. Manusia tahu melalui ilmu dan akal. Jika alam tanpa manusia samalah seperti badan tanpa nyawa.
 
Roh masuk ke badan dan badan manusia itu nyawa pada alam nyata (Dunia) bila manusia tidak ada hancurlah dunia. Manusialah yang menzahirkan sifat-sifat Allah dan Allah menzahirkan alam dunia melalui roh. Kiamat kecil bila manusia itu mati dan kiamat besar bila dunia musnah.
 
Lelaki dan perempuan adalah sama Ain, hanya berlainan Arad. Selagi manusia ada di dalam dunia insyaAllah, dunia tidak akan kiamat, begitu juga di akhirat, selagi manusia berupa manusia tidak dimasukkan ke dalam neraka, walaupun dosanya bertimbun-timbun hingga ditukar rupanya kepada rupa binatang seperti babi, kera, anjing dan sebagainya.
 
SAHABAT KITA ADA EMPAT:

1. Attaraha = Uri =Jasad
2. Attarihi = Tambuni = Roh
3. Karihin = Pusat = Bayang-Bayang
4. Salihin = Tuban = Nadi


MUSUH KITA ADA EMPAT:

1. Dunia
2. Nafsu
3. Syaitan Jin
4. Syaitan Manusia

KELEBIHAN DIRI
 
Syaitan tidak dapat merupa diri kita di hadapan kita, tetapi di hadapan orang lain boleh.
 
RUPA MUDA WAKTU REMAJA
 
Rupa kita waktu remaja akan datang lagi sebanyak tiga kali :
1. Setahun lagi hendak mati
2. Empat puluh hari lagi hendak mati
3. Tujuh hari lagi hendak mati
 
TANDA-TANDA HENDAK MATI
 
Jika kita mendengar orang sedang tidur berbunyi kok, kok dengan nyaring, itu menandakan umurnya paling lama tiga tahun.
 
Api merah kelihatan hitam, umurnya paling lama sembilan bulan. Kalau ia mendengar suara yang tidak pernah didengar, umurnya paling lama enam bulan.
 
Salbi zanib, iaitu benih kita terletak di hujung dubur iaitu benih yang akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak, kalau bergerak dengan kuat, jika kita dalam perjalanan segera pulang kerana umur paling lama empat puluh hari lagi.
 
Antara tanda-tanda lain adalah pergelangan tangan terasa patah, umur kita paling lama sebulan.
 
Jika terasa malas dan payah hendak tidur, umur kita paling lama seminggu. Jika keluar nanah di pusat atau urat kaki kendur umur kita paling lama sehari.
 
Jika jantung bergoncang kuat seperti penghayun jam dinding dengan kuat ke kiri dan ke kanan, kalau kita pada masa itu berada di tanah naik ke rumah dan bersihkan badan kerana akan mati pada hari itu juga.
 
Jika badan disentuh terasa berduri, nadi tangan berhenti, bunyi menguruh di telinga tiada, telan air liur tidak berbunyi atau ubun-ubun bergerak dengan kuat itu menandakan sudah hampir ajal, jika sedang duduk, segeralah berbaring.
TANDA-TANDA HENDAK MATI SEDANG SAKIT TENAT:
1. Pipi sudah lekok
2. Hidung sudah jatuh
3. Pergelangan tangan renggang
4. Tapak kaki lurus


ADAB ZIARAH ORANG SAKIT TENAT

Baca Ya Salam sebanyak 121 kali dengan nyaring kira-kira boleh didengar oleh si pesakit, InsyaAllah pesakit itu akan sembuh. Jika belum sampai ajal, angkat tangan, amin waktu membacanya.


DOA KETIKA ZIARAH ORANG SAKIT


1. لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ الْحَكِمُ الْكَرِيْمُ

اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبٍ الْعَالَمِيْن 2
3 تَبَارَكَ الَّذِيْ بِيَدِهَ الْمُلْكُ يُحْيِيِ وَيُمِيْتُ وَهُوَعَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرُ
لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ 4
 
KEADAAN ORANG SAKIT

1. MENGERANG orang sakit itu dapat pahala BERTASBIH
2. JERITAN orang sakit itu dapat pahala BERTAHLIL
3. NAFAS orang sakit itu dapat pahala BERSEDEKAH
4. TIDUR orang sakit itu dapat pahala BERIBADAT
5. BERBALIK orang sakit itu dapat pahala BERDAKWAH


UMUR PENDUDUK MALAYSIA

Umur orang Malaysia hitung panjang bagi lelaki 65 tahun dan perempuan 69. (Kajian tahun 1980an)


UMUR KEHIDUPAN DI DUNIA

1. Umur 40 Tahun dilepaskan 3 penyakit ~ Gila, Gusta, Sopak
2. Umur 50 Tahun diberikan Hisab Yang Mudah
3. Umur 60 Tahun diberikan Kasih Bertaubat
4. Umur 70 Tahun diberikan Kasih Malaikat
5. Umur 80 Tahun diberikan Catitan Baik Tidak Yang Buruk
6. Umur 90 Tahun diberikan Keampunan Dosa-Dosanya
 
MALAIKAT MAUT

Ketika hendak mati didatangkan 4 Malaikat:
1. Malaikat yang menjaga NAFAS
2. Malaikat yang menjaga MAKANAN
3. Malaikat yang menjaga MINUMAN
4. Malaikat yang menjaga AJAL
Mereka masing-masing berkata dia sudah pergi ke timur dan ke barat mencari nafas, makanan, minuman tetapi tidak ada untuk anda. Ini bererti anda sudah hampir ajal, Malaikat Kiraman di sebelah kanan menunjukkan buku catitan amal baik berwarna putih dan Malaikat Katibin di sebalah kiri menunjukkan buku catitan amal jahat berwarna hitam.
MALAIKAT MAUT (AJAL)
 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ ياَ وَلِيَّ اللهُ, اللهُ يَقْرَئُوْكَ السَّلاَمُ

atau setengah kitab,

رَبُّكَ يَقَرَئُكَ السَّلاَمُ
Ertinya :
Selamat sejahtera Ya Waliullah, Allah berkirim salam (atau setengah kitab) Tuhan anda berkirim salam, orang yang hendak mati itu menjawab di dalam hati kerana mulutnya sudah kelu, ia melihat tempatnya di dalam syurga atau neraka.
 
Berkata Imam Malik, tiada yang lebih baik bagi seseorang yang hendak mati itu daripada ma'rifat iaitu kenal akan ALLAH.
 
Umur panjang sedikit faedah seperti Bani Israil, umur pendek banyak faedah seperti umat Nabi Muhammad s.a.w.
 
Setelah mati maka malaikat pun membawa roh orang ke langit menghadap Allah Taala. Roh orang Islam putih dan roh orang Kafir pula hitam.


NOTA PENULIS

Oleh kerana pelajaran Mengenal Diri ini ditamatkan pada pelajaran ini, maka perlu diulas intipati pelajaran iaitu Mengenal Diri. Diri sebenar-benar diri itu ialah roh. Roh ini tidak muda dan tidak tua, kekal selama-lamanya. Rupanya seperti orang muda ( ketika masa muda). Oleh itu perlulah kita ingat rupa kita waktu muda, kerana roh itu muda. Jangan sampai tidak kenal, barang siapa kenal rohnya bererti kenal dirinya. Barangsiapa kenal dirinya bererti kenal Tuhannya.

Pelajaran Mengenal Diri, Mengenal Allah, Tauhid, Tasawwuf, Solat Khusyuk memang ada kaitannya dan mustahak diketahui. Barangsiapa membincangkan berkenaan roh hukumnya makruh, selain dari waktu belajar, kerana jika tidak dapat keputusan boleh membawa kepada kafir.

Dengan ini tamatlah pelajaran Mengenal Diri. Diharap faham dan 'Penulis' memohon ampun dan maaf kerana mungkin ada penjelasan yang kurang tepat serta minta ampun kepada Allah kerana pengetahuan 'Penulis' yang cetek ini tidak layak membincangkan hal-hal roh dan sebenarnya hingga sekarang pun belum ada orang yang dapat menerangkan hal roh dengan tepat.

InsyaAllah, menyusul selepas pelajaran Mengenal Diri adalah Pelajaran Mengenal Allah.I kutilah nota-nota dari Hidayatullah selanjutnya. Selamat Beramal.

~TAMAT~

 
Sumber dari Koleksi Kitab Peninggalan Ayahanda Allahyarham Us. Ali Badri Bin Syeikh Ismail Al-Khalidi An-Naqsyabandi
(11 November 1919M: 18 safar 1338H - 23 Disember 2009M : 6 Muharram 1431H)
ILMU MENGENAL DIRI

Al-Fatihah


 

" BELAJAR ILMU AGAMA ITU FARDHU (WAJIB) , TUNTUTLAH ILMU DENGAN BERGURU"
 

Labels: