Friday, May 13, 2011

Adab Membaca Al-Quran



1. Ikhlas dan mengharap redha Allah.

2. Berwudhuk sebelum memegang dan membaca Al-Quran.

3. Membaca di tempat yang mulia dan mengadap kiblat.

4. Meletakkan Al-Quran atas dari paras pusat, umpamanya di atas rehal.

5. Membaca betul mengikut kaedah Ilmu Tajwid.

6. Merenungi apa yang dibaca yakni memahani maksud bacaan dengan penuh kesedaran.

 
Firman Allah: Inilah kitab yang diturunkan padamu dengan penuh keberkatan supaya mereka memperhatikan keterangan-keterangan dan supaya orang yang mengerti dapat memikirkannya.

Berkata Sayidina Ali r.a: Tidak ada gunanya membaca Al-Quran tanpa memerhatikan maknanya.


7. Melahirkan rasa gerun dan takut bila membaca ayat mengenai azab dan kemurkaan Allah, serta minta Allah jauhkan dengan membaca : 'Wal 'iya'za billah'

8. Melahirkan rasa kegembiraan dan harapan di hati apabila membaca ayat tentang janji balsan baik dan nikmat dari Allah, dengan mengatakan : 'Allahummar zuqnaa"

9. Memuji Allah bila bertemu ayat-ayat yang Allah memuji-Nya.

10. Bertakbir "Allah Akbar" (Allah Maha Besar) apabila bertemu ayat-ayat yang menyatakan kebesaran-Nya.

11. Mengucap "Subhanallah" (Maha Suci Allah) apabila bertemu ayat-ayat yang menyatakan pembohongan orang Yahudi dan Nasrani tentang Allah.

12. Selesai membaca, berdoalah agar Allah terus memimpin hidup kita dan umat Islam sampai akhir hayat.

 
 
-HIDAYATULLAH-
Catatan dari Koleksi Buku Ayahanda Allahyarham Us. Ali Badri Bin Syeikh Ismail Al-Khalidi An-Naqsyabandi
(11 November 1919M : 18 Safar 1338H - 23 Disember 2009M : 6 Muharram 1431H)
(Panduan Hidup Mukmin)

" BELAJAR ILMU AGAMA ITU WAJIB , SEBAIK-BAIK BERILMU ITU ADALAH DENGAN BERGURU"

Labels: